Pen biru~~ Assalamualaikum..macammana rasanya perasaan ikhlas semata-mata hanya kerana Allah...mesti sangat bahagia kan perasaan tu..
Ukhti ~~ Subhanallah, ikhlas itu jiwa ibadah, nak mengikhlaskan amalan pasti ada halangan yang banyak berpunca dari hati kita, memang sukar kalau difikirkan. Tapi yakinlah kalau kita ikhlas kerana Allah (hanya kita yang dapat merasainya), Allah akan beri ganjaran yang sewajarnya, balasannya syurga. Sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman" Aku
menyediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh(ikhkas), apa yang belum terlihat oleh
mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati."
(Muttafaqun 'Alaih). Ya ukhti, selalulah awak berdoa:
Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal'alamin. Ya Mujibassailin, wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta."
Begitu juga dengan redha, its hard tapi kalu kita berserah hanya padaNya, yakin akan ketentuanNya, letakkan kecintaan pada Dia, mohon perlindungan dan pertolongan apa-apa pon kepada Allah, InsyaAllah hati akan menjadi lebih tenang dan tenteram. In everyday's life ingatlah Allah jika boleh setiap masa dalam setiap perlakuan. Terakhirnya jangan lupa baca Hasbunallahi wani'mal wakeel..banyak khasiatnya. InsyaAllah....
SubhanaAllah nasihat ini meninggalkan kesan di hati untuk memulakan hari yang baru pada keesokkannya....dan teringat kata-kata seorang muwajjih dalam tazkirah online..katanya" Mulakan setiap 'amal kamu dengan Bismillahirahmanirahim.. kerana dengan kalimah itu akan mengingatkan hati kita untuk ikhlas semata-mata kerana Allah dalam pekerjaan kita itu..et bien sure Allah va compter mon travail comme un ibadah (for sure Allah akan mengira pekerjaan kita itu sebagai ibadah)".
Je dois arrêter ici...a besoin de faire la revision de cours Monsieur Loubet =_=.....Semoga keikhlasan akan bertapak di hati setiap hambaNya chaque second..(setiap saat)