kertas putih
Thursday, June 7, 2012
Tuesday, June 5, 2012
Kertas Putih ke Marseille....
Yeaaahhhhh!!! Tinggal lagi 20 hari untuk saya pulang ke tanah airku tercinta....Di saat ni hati saya terlalu melonjak untuk pulang..al maklumlah 6 bulan menahan perasaan rindu terhadap keluarga tersayang di Kedah...rindu nak makan seafood di Kuala Kedah...perkataan yang mudah untuk gambarkan perkataan saya adalah " homesick" atau rumah sakit...erm...Alhamdulillah dalam kesibukan belajar dan melayan perasaan yang asyik teringat nak balik rumah je ni...Allah mempertemukan saya dengan akhawat2 dalam program yang julung2 kalinya diadakan di Marseille..Princess Hour Sud...Banyak ibrah sepanjang program tu....dan yang paling bermakna dapat merasai kewangian bunga2 ukhuwah antara para akhawat yang cantik bagai bidadari gitu...Macam sabtu kebiasaannya saya terpaksa melalui 4 jam kelas setiap hari sabtu dan selepas itu baru dapat amik train ke Marseille..Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan Allah..aucun dificulte...dan begitu banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya timba serta semoga pengalaman dan ilmu ini mendapat barakahNya. Apa yang ingin saya point up kan adalah tentang ilmu dari perspektif Islam yang saya ada sebut dalam program di Marseille.
Menurut Syed Naquib al-Attas Ilmu itu berbeza dari pengetahuan...apa yang membezakan kedua-duanya?...apa yang membezakan mereka adalah taraf dan dimana letaknya kedua-duanya dalam diri kita. Ilmu itu adalah sesuatu yang masuk ke dalam otak dan meresap ke dalam hati dan seterusnya di zahirkan dengan amalan..sebaliknya pengetahuan mengalir masuk ke dalam otak dan terus menetap di dalam akal atau dalam erti kata lain pengetahuan ini samalah seperti fakta....il reste toujours dans nos cervaux ...dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dizahirkan dengan amalan untuk kebaikan manusia sejagat...Ilmu juga memerluakan maklumat yang benar dan membawa makna kepada Pemiliknya.

Jazakillah khairan kassira...^^
Para ilmuwan sendiri telah mengklasiifikasikan ilmu kepada dua : Ilmu Fardhu Ain dan llmu Fardhu Kifayah. Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain bak kata Karam Sigh Walia bagai aur dengan tebing.Ilmu Fradhu Ain ini pada dasarnya merujuk kepada ilmu-ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. dengan tugas dan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Manakala ilmu kifayah merujuk kepada ilmu yang diperlukan oleh masyarakat dan wajib dipelajari oleh sebahagian masyarakat sebagai contoh Genie Mecanique et Productique..hu3 ^^.Ilmu ni wajib kita belajar dan kita gunakan untuk disumbangkan kepada masyarakat dan umat Islam terutamanya yang diikat pelbagai belenggu dan masalah pada akhir zaman ni...Kepada adik-adik PF9 (Lia , Ika, Khal, Hanim), Ika dan Ada never give up walaupun susah (teguran untuk diri sendiri jugak). ....Pengembaraan baru bermula!!
Sunday, April 15, 2012
SCIENCE DES MATERIAUX
Bismillahirahmanirahhim...x tau kenapa tiba2 hari ni datang moood nak menulis. Pen biru saya ni pon agaknya dah nak kering dakwat sebab dah lama terbiar...ha..post saya kali ni kenapa tajuk dia science des materiaux ye? SDM (Science des materiaux) ni adalah salah satu subjek penting dalam formation Genie Mecanique (mechanical engineering) kat france ni. Bosan sebenarnya belaja benda ni..dan untuk menghilangkan bosan mulalah saya berangan dalam kelas tadi. Nak dijadikan cerita satu hari ni saya belajar pasal Diagramme de phase fer-carbon. Menatang apa ni? Actually belaja pasal perubahan metal pada suhu yg berbeza dan kita lihat keputusan akhir metal ni dari segi performance nya. So di saat ni teringatlah saya minggu lepas pergi daurah di Besancon. Akhawat2 di sana ajar bermacam-macam ilmu dan salah satunya tentang analogi bola besi. Apa yang specialnya bola besi ni? Tengok dari luar nampak bulat je..nope..sfera ok..berbalik kepada kisah saya berangan dalam kelas tadi. Semasa Monsieur Huguenin tengah seronok mengajar kat depan barulah saya faham hebatnya logam ni dan manusia itu ibarat bola besi jugak..kenapa? sebabnya kalau mengikut kajian sains dan apa yang diajar oleh murabbi saya yang dihantar oleh Allah di bumi Perancis ni...logam itu akan capai ke tahap performance yg paling kuat bila dia bertukar ke dalam fasa "perlite". Mungkin anda yang membaca belog ni tengah pening apalah yang saya bebelkan ni. InsyaAllah anda akan faham selepas melihat analogi bola besi ni.
Bola besi ni terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan pertama diisi oleh aqidah. Lapisan kedua diisi oleh emosi pemikiran dan segala yang bersangkut paut dengan perasaan dan lapisan yang terakhir terdiri daripada perlakuan, penampilan dan segala yang kita nampak pada fizikalnya. Bola besi ni pulak kita bahagikan kepada 2 iaitu bola besi Islam dan bola besi kafir. Secara umumnya sifat logam adalah mudah melebur dan sekiranya kita memahami Aqidah itu sebenar-benarnya..lapisan paling dalam itu akan melebur dan mengenai lapisan yang kedua dan ketiga yang meliputi perlakuan dan sifat luaran seseorang. Dan sudah pasti dengan aqidah yang baik dapat melahirkan seorang muslim yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenrnya. Itulah yang dikatakan fasa " perlite". Dan kita boleh umpamakan Muslim yang memenuhi cara hidup Islam itu sebagai manusia/ Muslim "perlite".
Aqidah itu perlu dihadam, difahami, diyakini dan dizahirkan dengan perlakuan dan setiap tindakan dalam kehidupan kita. Non-muslim pon ada lapisan pertama mereka sendiri dan telah pon melebur ke lapisan yang lain dan hasilnya kita dapat lihat pada mereka pada masa kini. Tambah meneyedihkan lagi bola besi Islam itu ada yang terpalit dengan leburan logam bola besi kafir sehingga menjadikan dia seorang Islam cuma atas nama, tidak dizahirkan dengan perlakuannya. Bukan setakat terpalit tetapi merebak hingga ke bahagian dalam lapisan pertama bola besi tu..ish3..Nauzubillahuminzalik....Saya sendiri pon tengah berusaha menstabilkan leburan saya agar dapat menbentuk bola besi yang cantik dan berguna pada Islam. Contoh para sahabat yang hebat dan boleh kita samakan dia seperti bola besi ni adalah Saidina Umar. Betapa hebatnya beliau sewaktu kekafirannya dan lebih hebat lagi beliau sewaktu keislamannya.ha inilah hasil " otak melayang" saya waktu kelas SDM.Jadi sama-samalah kita lihat balik bola besi dalam diri kita.Dah sampai kemana leburan lapisan pertama kita.Jom sama-sama muhasabah diri...mohon maaf jika tulisan ni menyakitkan hati mana2 pihak sesungguhnya penulisan ini x ada sangkut paut dengan mana2 kisah insan lain samada yang masih hidup atau pon dan meninggal dunia...Alhamdulillah semoga penulisan yang x seberapa ni mendapat redha dan rahmatNya =)
Monday, February 27, 2012
Sincérité aka sincerity
Owh kelas management...setelah 2 jam kelas Management..aku dah mula lost. 2 jam terakhir otak aku mula jadi lambat nak pick up apa yang Monsieur Loubet ajar di depan. Aku mula terfikir kenapa aku tak boleh fokus dalam 2 jam terakhir tu. Sebab aku tak cukup ikhlas ke datang ke kelas Monsieur Loubet ni. Fikiran aku mula melayang macammana rasanya bila kita buat 'amal tu ikhlas hanya semata-mata keran Allah. Balik je dari kelas aku menaip messages kepada seorang ukhti yang aku kagum selama ni. Banyak yang aku belajar since mengenalinya.
Pen biru~~ Assalamualaikum..macammana rasanya perasaan ikhlas semata-mata hanya kerana Allah...mesti sangat bahagia kan perasaan tu..
Pen biru~~ Assalamualaikum..macammana rasanya perasaan ikhlas semata-mata hanya kerana Allah...mesti sangat bahagia kan perasaan tu..
Ukhti ~~ Subhanallah, ikhlas itu jiwa ibadah, nak mengikhlaskan amalan pasti ada halangan yang banyak berpunca dari hati kita, memang sukar kalau difikirkan. Tapi yakinlah kalau kita ikhlas kerana Allah (hanya kita yang dapat merasainya), Allah akan beri ganjaran yang sewajarnya, balasannya syurga. Sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman" Aku
menyediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh(ikhkas), apa yang belum terlihat oleh
mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati."
(Muttafaqun 'Alaih). Ya ukhti, selalulah awak berdoa:
Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal'alamin. Ya Mujibassailin, wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta."
Begitu juga dengan redha, its hard tapi kalu kita berserah hanya padaNya, yakin akan ketentuanNya, letakkan kecintaan pada Dia, mohon perlindungan dan pertolongan apa-apa pon kepada Allah, InsyaAllah hati akan menjadi lebih tenang dan tenteram. In everyday's life ingatlah Allah jika boleh setiap masa dalam setiap perlakuan. Terakhirnya jangan lupa baca Hasbunallahi wani'mal wakeel..banyak khasiatnya. InsyaAllah....
SubhanaAllah nasihat ini meninggalkan kesan di hati untuk memulakan hari yang baru pada keesokkannya....dan teringat kata-kata seorang muwajjih dalam tazkirah online..katanya" Mulakan setiap 'amal kamu dengan Bismillahirahmanirahim.. kerana dengan kalimah itu akan mengingatkan hati kita untuk ikhlas semata-mata kerana Allah dalam pekerjaan kita itu..et bien sure Allah va compter mon travail comme un ibadah (for sure Allah akan mengira pekerjaan kita itu sebagai ibadah)".
Je dois arrêter ici...a besoin de faire la revision de cours Monsieur Loubet =_=.....Semoga keikhlasan akan bertapak di hati setiap hambaNya chaque second..(setiap saat)
Friday, January 20, 2012
Janji yang PASTI!!!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Jom kita muhasabah diri...Sebelum itu kosongkan fikiran. Tenangkan hati dan buangkan segala kekusutan dunia yang ada dalam hati dan memori kita sebentar...Sempurnanya kita...Segala perbuatan yang diarahkan kita dapat lakukan dengan sempurna..Tetapi bersyukurkah kita wahai hamba Allah...? Bersyukurkah kita?
Wahai hamba Allah! Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada..walau apa jua situasi. Sedih, gembira, risau, etc...Tapi adakah kita sentiasa ingatkan Allah?
When you say: I can't solve this... God tells you: I'll direct your path..
When you say: It's impossible...God tells you : Everything is possible..
When you say: I feel alone..God tells you: Never will I leave you, never will I forsake you..
When you say: I don't deserve forgiveness...God tells you: I have forgiven you...
When you say:I am afraid..God tells you: Do not fear, for I am with you, I will strengthen n help you..
When you say:I am tired...God tells you: Come to me, all you who are weary and burdened, I will give you rest..
When you say:No one really loves me...God tells you: I love you!!
When you say:I don't know how to go on...God tells you: I will show you the path..
When you say:What path does God have for me???....God tells you:Adopt the Islamic path..
When you want to know something else that God want to tell you..read love letters that God gave to you..God's love letters are al-Quran!!!!
Betulkan Allah sentiasa bersama kita...bila kita sedih Allah pujuk kita " La tahzan innallaha ma'ana"
Baiknya Allah dengan hambaNya..Tapi kenapa kita masih melakukan dosa kepadanya? Manusia ni terlalu pentingkan diri...Bila sedih baru ingat Allah dan mengadu padaNya. Di saat gembira kita lupakan Allah. Kita lupa segala nikmat yang Allah beri. Mohonlah keampunan pada Allah. Janganlah kita ego. Kita ini manusia biasa. Dosa bertimpa-timpa. Jadi mohonlah ampun kepadaNya. Dialah Tuhan Yang Maha Penngampun.Jagalah segala perintahNya. Pasti Allah akan menjaga kamu. Janji Allah itu pasti!!!

Wednesday, January 18, 2012
kertas usrah
Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga.Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Usrah berdiri di atas tiga rukun utama:
1. Taaruf
- Ia merupakan rukun pertama dan terpenting. Tanpanya tidak akan terhasil dua rukun selepasnya.
- Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyah yang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa kekeruhan dalam perhubungan.
- Ahli-ahli cuba mengaplikasikan makna ukhuwwah dari tuntutan al-Quran dan Hadis :
“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu sebenarnya bersaudara”
“ dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah…”
Sabda Rasulullah SAW : “ seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” ( riwayat Bukhari dan Muslim).
“ Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi dan membiarkan saudaranya dizalimi..” ( riwayat Bukhari : Fathul Bari : 2334)
2. Tafahum
- Rukun kedua pula ialah tafahum ( saling faham memahami). Rukun faham ini bertujuan agar setiap akh sentiasa istiqamah atas manhaj kebenaran dan melaksanakan apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan laranganNya.
- Mereka saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.
- Jika akh itu tidak mampu merubah akh yang lain dengan nasihat, hendaklah ia menggunakan saluran murabbi. Murabbi akan membantu menyelesaikan dan membaiki kelemahan akh tadi.
- Nasihat tadi diberikan dengan penuh lembut, pandangan kasih sayang. Akh yang menerima nasihat tersebut, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada, tidak membalas dengan kata-kata yang kasar, berubah persepsi pada akh sehalaqah. Ini kerana kasih sayang kerana Allah adalah setinggi martabat dan nasihat adalah bahagian dari rukunnya.Peringkat paling rendah salamatus sadr ( sejahtera hati) dan paling tinggi ithar ( mengutamakan akh dari dirinya).
- Perkara yang kedua untuk membina tafahum ialah sikap saling taghafur ( mendoakan keampunan) pada akh seusrah. Sentiasa kita mendoakan kesejahteraan, kethabatan dan keampunan buat akh kita agar sentiasa dalam momentum dakwah dan perjuangan.
3. Takaful
- Takaful pula bermaksud setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.
- Setiap akh hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segera membantu jika ada kesulitan yang menimpa akh lain.
- Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialah membantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi bantuan walaupun tanpa diminta.
- Rasulullah SAW bersabda : “manusia yang paling disayangi ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam masjid ini sebulan…”
kertas sejarah
Nama samaran : "Pen biru"
Latar belakang keluarga: Anak kedua dari 4 adik beradik
Sejarah pendidikan: Sejarah pendidikan pen biru bermula di Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Kemudian memasuki alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Dato' Syed Ahmad selama 7 bulan dan seterusnya ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam sehingga Tingkatan 5. Setelah itu, pen biru ditawarkan kursus persediaan Pre France di Malaysia France Institut di Bangi selama setahun setengah. Dan sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universite du Sud Toulon Var, France.

Subscribe to:
Posts (Atom)