Thursday, June 7, 2012

al-Kahfi?? Malam Jumaat??

Yess.......terdapat kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat...teringat saya pada satu peristiwa di mana dengan takdir Allah saya telah berkenalan dengan seorang wanita yang berbangsa Arab (hilang dari ingatan kewarnegaraan sebenar wanita muslimah ini). Pada hari yang ditentukan Allah tersebut saya dan beberapa orang rakan pergi ke pekan untuk mencari kedai buku tetapi malangnya tutup. Jadi bila masuknya waktu solat kami mencari masjid di sekitar kawasan dan alhamdulillah terdapat lorong yang menjadi tempat masyarakat Arab di pekan ini berniaga dan menunaikan ibadat. Di negara sekualar ini tempat ibadat orang Islam terletak di cerok-cerok lorong yang hanya masyarakat temapatan sahaja yang tahu tempat itu adalah masjid. Itulah yang menjadi dugaan pelajar-pelajar Malaysia di sini terutamanya Muslimah kerana ada sesetengah masjid yang hanya memperuntukkan masjid tersebut untuk kaum Muslimin sahaja....atas alasan ruang solat tersebut terlalu kecil untuk dimuatkan Muslimah...mana tidaknya sebuah apartement yang kebiasaannya diduduki sebuah keluarga digunakan sebagai masjid atau surau yang mahu dimuatkan masyarakat Islam setempat. Namun hati saya tetap bersyukur kerana masih mampu melihat masjid walaupun di sebuah negara sekular. Kembali kepada cerita wanita Arab tadi, pertemuan ni berlaku apabila saya dan rakan Muslimah ingin mencari masjid untuk wanita. Saya bertanyakan kepada wanita tersebut dan malangnya tidak disediakan ruang untuk muslimah di masjid yang berdekatan. Namun dia dengan baik hatinya meng'offer' rumahnya untuk kami bersolat. Alhamdulillah...seusai bersolat kami dijam dengan "cous cous " sejenis makanan tradisi masyarakat Arab di sini. Sambil-sambil makan kami bertukar-tukar cerita tentang negara masing-masing dan daripada pengalamannya bertemu dengan orang Malaysia di Tanah Suci Makkah dia sangat senang dengan orang Malaysia kerana sifat sopan santun dan lemah lembut....Itulah yang selalu dikatakan oleh masyarakat Arab di negara sekular ni....Dan kami meneruskan perbualan sehingga tiba di satu bab tentang al Quran. Dia menceritakan surah-surah kegemarannya dan surah al Kahfi adalah salah satunya kerana fadhilat yang terdapat pada surah tersebut. Alhamdulillah pengembaraan saya pada hari itu menambahkan lagi ilmu dalam diri saya yang sangat cetek....SubahanaAllah setiap pengalaman yang diberikan Allah tidak mampu dibeli di mana-mana kedai atau supermarche (supermarket)...Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”   (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


Tuesday, June 5, 2012

Kertas Putih ke Marseille....

Yeaaahhhhh!!! Tinggal lagi 20 hari untuk saya pulang ke tanah airku tercinta....Di saat ni hati saya terlalu melonjak untuk pulang..al maklumlah 6 bulan menahan perasaan rindu terhadap keluarga tersayang di Kedah...rindu nak makan seafood di Kuala Kedah...perkataan yang mudah untuk gambarkan perkataan saya adalah " homesick" atau rumah sakit...erm...Alhamdulillah dalam kesibukan belajar dan melayan perasaan yang asyik teringat nak balik rumah je ni...Allah mempertemukan saya dengan akhawat2 dalam program yang julung2 kalinya diadakan di Marseille..Princess Hour Sud...Banyak ibrah sepanjang program tu....dan yang paling bermakna dapat merasai kewangian bunga2 ukhuwah antara para akhawat yang cantik bagai bidadari gitu...Macam sabtu kebiasaannya saya terpaksa melalui 4 jam kelas setiap hari sabtu dan selepas itu baru dapat amik train ke Marseille..Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan Allah..aucun dificulte...dan begitu banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya timba serta semoga pengalaman dan ilmu ini mendapat barakahNya. Apa yang ingin saya point up kan adalah tentang ilmu dari perspektif Islam yang saya ada sebut dalam program di Marseille.


Menurut Syed Naquib al-Attas Ilmu itu berbeza dari pengetahuan...apa yang membezakan kedua-duanya?...apa yang membezakan mereka adalah taraf dan  dimana letaknya kedua-duanya dalam diri kita. Ilmu itu adalah sesuatu yang masuk ke dalam otak dan meresap ke dalam hati dan seterusnya di zahirkan dengan amalan..sebaliknya pengetahuan mengalir masuk ke dalam otak dan terus menetap di dalam akal atau dalam erti kata lain pengetahuan ini samalah seperti fakta....il reste toujours dans nos cervaux  ...dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dizahirkan dengan amalan untuk kebaikan manusia sejagat...Ilmu juga memerluakan maklumat yang benar dan membawa makna kepada Pemiliknya.

Jazakillah khairan kassira...^^
Para ilmuwan sendiri telah mengklasiifikasikan ilmu kepada dua : Ilmu Fardhu Ain dan llmu Fardhu Kifayah. Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain bak kata Karam Sigh Walia bagai aur dengan tebing.Ilmu Fradhu Ain ini pada dasarnya merujuk kepada ilmu-ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. dengan tugas dan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Manakala ilmu kifayah merujuk kepada ilmu yang diperlukan oleh masyarakat dan wajib dipelajari oleh sebahagian masyarakat sebagai contoh Genie Mecanique et Productique..hu3 ^^.Ilmu ni wajib kita belajar dan kita gunakan untuk disumbangkan kepada masyarakat dan umat Islam terutamanya yang diikat pelbagai belenggu dan masalah pada akhir zaman ni...Kepada adik-adik PF9 (Lia , Ika, Khal, Hanim), Ika dan Ada never give up walaupun  susah (teguran untuk diri sendiri jugak). ....Pengembaraan baru bermula!!