Friday, January 20, 2012

Janji yang PASTI!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Jom kita muhasabah diri...Sebelum itu kosongkan fikiran. Tenangkan hati dan buangkan segala kekusutan dunia yang ada dalam hati dan  memori kita sebentar...Sempurnanya kita...Segala perbuatan yang diarahkan kita dapat lakukan dengan sempurna..Tetapi bersyukurkah kita wahai hamba Allah...? Bersyukurkah kita?
Wahai hamba Allah! Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada..walau apa jua situasi. Sedih, gembira, risau, etc...Tapi adakah kita sentiasa ingatkan Allah?


When you say: I can't solve this... God tells you: I'll direct your path..
When you say: It's impossible...God tells you : Everything is possible..
When you say: I feel alone..God tells you: Never will I leave you, never will I forsake you..
When you say: I don't deserve forgiveness...God tells you: I have forgiven you...
When you say:I am afraid..God tells you: Do not fear, for I am with you, I will strengthen n help you..
When you say:I am tired...God tells you: Come to me,  all you who are weary and burdened, I will give you rest..
When you say:No one really loves me...God tells you: I love you!!
When you say:I don't know how to go on...God tells you: I will show you the path..
When you say:What path does God have for me???....God tells you:Adopt the Islamic path..
When you want to know something else that God want to tell you..read love letters that God gave to you..God's love letters are al-Quran!!!!


Betulkan Allah sentiasa bersama kita...bila kita sedih Allah pujuk kita " La tahzan innallaha ma'ana"
Baiknya Allah dengan hambaNya..Tapi kenapa kita masih melakukan dosa kepadanya? Manusia ni terlalu pentingkan diri...Bila sedih baru ingat Allah dan mengadu padaNya. Di saat gembira kita lupakan Allah. Kita lupa segala nikmat yang Allah beri. Mohonlah keampunan pada Allah. Janganlah kita ego. Kita ini manusia biasa. Dosa bertimpa-timpa. Jadi mohonlah ampun kepadaNya. Dialah Tuhan Yang Maha Penngampun.Jagalah segala perintahNya. Pasti Allah akan menjaga kamu. Janji Allah itu pasti!!!



Wednesday, January 18, 2012

kertas usrah

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga.Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Usrah berdiri di atas tiga rukun utama:

1.       Taaruf
  • Ia merupakan rukun pertama dan terpenting. Tanpanya tidak akan terhasil dua rukun selepasnya.
  • Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyah yang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa kekeruhan dalam perhubungan.
  • Ahli-ahli cuba mengaplikasikan makna ukhuwwah dari tuntutan al-Quran dan Hadis :
“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu sebenarnya bersaudara”
“ dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah…”
Sabda Rasulullah SAW : “ seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” ( riwayat Bukhari dan Muslim).
“ Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi dan membiarkan saudaranya dizalimi..” ( riwayat Bukhari : Fathul Bari : 2334)
2.       Tafahum
  • Rukun kedua pula ialah tafahum ( saling faham memahami). Rukun faham ini bertujuan agar setiap akh sentiasa istiqamah atas manhaj kebenaran dan melaksanakan  apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan laranganNya.
  • Mereka saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.
  • Jika akh itu tidak mampu merubah akh yang lain dengan nasihat, hendaklah ia menggunakan saluran murabbi. Murabbi akan membantu menyelesaikan dan membaiki kelemahan akh tadi.
  • Nasihat tadi diberikan dengan penuh lembut, pandangan kasih sayang. Akh yang menerima nasihat tersebut, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada, tidak membalas dengan kata-kata yang kasar, berubah persepsi pada akh sehalaqah. Ini kerana  kasih sayang kerana Allah adalah setinggi martabat dan nasihat adalah bahagian dari rukunnya.Peringkat paling rendah salamatus sadr ( sejahtera hati) dan paling tinggi ithar ( mengutamakan akh dari dirinya).
  • Perkara yang kedua untuk membina tafahum ialah sikap saling taghafur ( mendoakan keampunan) pada akh seusrah. Sentiasa kita mendoakan kesejahteraan, kethabatan dan keampunan buat akh kita agar sentiasa dalam momentum dakwah dan perjuangan.
3.       Takaful
  • Takaful pula bermaksud setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.
  • Setiap akh hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segera membantu jika ada kesulitan yang menimpa akh lain.
  • Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialah membantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi bantuan  walaupun tanpa diminta.
  • Rasulullah SAW bersabda : “manusia yang paling disayangi ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam masjid ini sebulan…”

kertas sejarah

Nama samaran : "Pen biru"


Latar belakang keluarga: Anak kedua dari 4 adik beradik


Sejarah pendidikan: Sejarah pendidikan pen biru bermula di Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Kemudian memasuki alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Dato' Syed Ahmad selama  7 bulan dan seterusnya ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam sehingga Tingkatan 5. Setelah itu, pen biru ditawarkan kursus persediaan Pre France di Malaysia France Institut di Bangi selama setahun setengah. Dan sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universite du Sud Toulon Var, France.