SCIENCE DES MATERIAUX
Bismillahirahmanirahhim...x tau kenapa tiba2 hari ni datang moood nak menulis. Pen biru saya ni pon agaknya dah nak kering dakwat sebab dah lama terbiar...ha..post saya kali ni kenapa tajuk dia science des materiaux ye? SDM (Science des materiaux) ni adalah salah satu subjek penting dalam formation Genie Mecanique (mechanical engineering) kat france ni. Bosan sebenarnya belaja benda ni..dan untuk menghilangkan bosan mulalah saya berangan dalam kelas tadi. Nak dijadikan cerita satu hari ni saya belajar pasal Diagramme de phase fer-carbon. Menatang apa ni? Actually belaja pasal perubahan metal pada suhu yg berbeza dan kita lihat keputusan akhir metal ni dari segi performance nya. So di saat ni teringatlah saya minggu lepas pergi daurah di Besancon. Akhawat2 di sana ajar bermacam-macam ilmu dan salah satunya tentang analogi bola besi. Apa yang specialnya bola besi ni? Tengok dari luar nampak bulat je..nope..sfera ok..berbalik kepada kisah saya berangan dalam kelas tadi. Semasa Monsieur Huguenin tengah seronok mengajar kat depan barulah saya faham hebatnya logam ni dan manusia itu ibarat bola besi jugak..kenapa? sebabnya kalau mengikut kajian sains dan apa yang diajar oleh murabbi saya yang dihantar oleh Allah di bumi Perancis ni...logam itu akan capai ke tahap performance yg paling kuat bila dia bertukar ke dalam fasa "perlite". Mungkin anda yang membaca belog ni tengah pening apalah yang saya bebelkan ni. InsyaAllah anda akan faham selepas melihat analogi bola besi ni.
Bola besi ni terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan pertama diisi oleh aqidah. Lapisan kedua diisi oleh emosi pemikiran dan segala yang bersangkut paut dengan perasaan dan lapisan yang terakhir terdiri daripada perlakuan, penampilan dan segala yang kita nampak pada fizikalnya. Bola besi ni pulak kita bahagikan kepada 2 iaitu bola besi Islam dan bola besi kafir. Secara umumnya sifat logam adalah mudah melebur dan sekiranya kita memahami Aqidah itu sebenar-benarnya..lapisan paling dalam itu akan melebur dan mengenai lapisan yang kedua dan ketiga yang meliputi perlakuan dan sifat luaran seseorang. Dan sudah pasti dengan aqidah yang baik dapat melahirkan seorang muslim yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenrnya. Itulah yang dikatakan fasa " perlite". Dan kita boleh umpamakan Muslim yang memenuhi cara hidup Islam itu sebagai manusia/ Muslim "perlite".
Aqidah itu perlu dihadam, difahami, diyakini dan dizahirkan dengan perlakuan dan setiap tindakan dalam kehidupan kita. Non-muslim pon ada lapisan pertama mereka sendiri dan telah pon melebur ke lapisan yang lain dan hasilnya kita dapat lihat pada mereka pada masa kini. Tambah meneyedihkan lagi bola besi Islam itu ada yang terpalit dengan leburan logam bola besi kafir sehingga menjadikan dia seorang Islam cuma atas nama, tidak dizahirkan dengan perlakuannya. Bukan setakat terpalit tetapi merebak hingga ke bahagian dalam lapisan pertama bola besi tu..ish3..Nauzubillahuminzalik....Saya sendiri pon tengah berusaha menstabilkan leburan saya agar dapat menbentuk bola besi yang cantik dan berguna pada Islam. Contoh para sahabat yang hebat dan boleh kita samakan dia seperti bola besi ni adalah Saidina Umar. Betapa hebatnya beliau sewaktu kekafirannya dan lebih hebat lagi beliau sewaktu keislamannya.ha inilah hasil " otak melayang" saya waktu kelas SDM.Jadi sama-samalah kita lihat balik bola besi dalam diri kita.Dah sampai kemana leburan lapisan pertama kita.Jom sama-sama muhasabah diri...mohon maaf jika tulisan ni menyakitkan hati mana2 pihak sesungguhnya penulisan ini x ada sangkut paut dengan mana2 kisah insan lain samada yang masih hidup atau pon dan meninggal dunia...Alhamdulillah semoga penulisan yang x seberapa ni mendapat redha dan rahmatNya =)

No comments:
Post a Comment