Thursday, June 7, 2012

al-Kahfi?? Malam Jumaat??

Yess.......terdapat kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat...teringat saya pada satu peristiwa di mana dengan takdir Allah saya telah berkenalan dengan seorang wanita yang berbangsa Arab (hilang dari ingatan kewarnegaraan sebenar wanita muslimah ini). Pada hari yang ditentukan Allah tersebut saya dan beberapa orang rakan pergi ke pekan untuk mencari kedai buku tetapi malangnya tutup. Jadi bila masuknya waktu solat kami mencari masjid di sekitar kawasan dan alhamdulillah terdapat lorong yang menjadi tempat masyarakat Arab di pekan ini berniaga dan menunaikan ibadat. Di negara sekualar ini tempat ibadat orang Islam terletak di cerok-cerok lorong yang hanya masyarakat temapatan sahaja yang tahu tempat itu adalah masjid. Itulah yang menjadi dugaan pelajar-pelajar Malaysia di sini terutamanya Muslimah kerana ada sesetengah masjid yang hanya memperuntukkan masjid tersebut untuk kaum Muslimin sahaja....atas alasan ruang solat tersebut terlalu kecil untuk dimuatkan Muslimah...mana tidaknya sebuah apartement yang kebiasaannya diduduki sebuah keluarga digunakan sebagai masjid atau surau yang mahu dimuatkan masyarakat Islam setempat. Namun hati saya tetap bersyukur kerana masih mampu melihat masjid walaupun di sebuah negara sekular. Kembali kepada cerita wanita Arab tadi, pertemuan ni berlaku apabila saya dan rakan Muslimah ingin mencari masjid untuk wanita. Saya bertanyakan kepada wanita tersebut dan malangnya tidak disediakan ruang untuk muslimah di masjid yang berdekatan. Namun dia dengan baik hatinya meng'offer' rumahnya untuk kami bersolat. Alhamdulillah...seusai bersolat kami dijam dengan "cous cous " sejenis makanan tradisi masyarakat Arab di sini. Sambil-sambil makan kami bertukar-tukar cerita tentang negara masing-masing dan daripada pengalamannya bertemu dengan orang Malaysia di Tanah Suci Makkah dia sangat senang dengan orang Malaysia kerana sifat sopan santun dan lemah lembut....Itulah yang selalu dikatakan oleh masyarakat Arab di negara sekular ni....Dan kami meneruskan perbualan sehingga tiba di satu bab tentang al Quran. Dia menceritakan surah-surah kegemarannya dan surah al Kahfi adalah salah satunya kerana fadhilat yang terdapat pada surah tersebut. Alhamdulillah pengembaraan saya pada hari itu menambahkan lagi ilmu dalam diri saya yang sangat cetek....SubahanaAllah setiap pengalaman yang diberikan Allah tidak mampu dibeli di mana-mana kedai atau supermarche (supermarket)...Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”   (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


No comments:

Post a Comment